BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

aku afif!!!

Friday, June 4, 2010

Kehidupan Sebelum & Selepas Kemalangan...



assalamualaikum sumer!!!


saje, tengah boring-boring ni nak berkongsi cerita dengan korang...
aku pon tak tau nak mula dari mana.. ok arr..

bermula dari 15 mac 2010..
rutin harian aku macam biasa...
aku bangun pagi..
aku rasa mengantok sangat pagi tu.. ye ar.. malam berniaga burger..
straight lepak sampai pkol 3-4 pagi, balik baru nak tido..
aku terus bangun, mandi, gosok gigi, sarung baju, campak buku-buku yang rasa-rasa lecturer nak pakai ke dalam beg..
setle-setle semua, aku pon dengan penuh rasa mengantok, salam wan
dan terus menunggang tenggiling cabok aku.. Honda EX5 BJX 4773...
bermula la perjalanan aku nak pergi ke kelas..

sepanjang sejam perjalanan, hati tu dah ada rasa tak tenteram..
tapi, mcm biasa laa bhai!! aku buat tak tau, dan dengan penuh yakin,
aku pon melalak laa lagu-lagu yang aku rasa aku tau di sepanjang perjalanan..

lepas sejam menunggang motor, sampai laa aku ke sebuah bangunan kilang yang bertopengkan kolej bernama Kolej Islam Antarabangsa.. bhahaha!!
macam biasa arr.. nama pon pegi kelas, bukan pegi supermarket..
aku pon masok laa kelas.. hari tu aku ada 3 kelas..

aku skip cerita.. aku masok la kelas yang ketiga iaitu kelas terakhir..
entah kenapa setan tu paling suka kat kelopak mata aku.. dia punya bergayut, sampai la aku pon terlelap dalam kelas.. bak kata member-member, aku punyer trademark "penangan 5 minit".. cakap nak tido 5 minit.. padahal???
bhahahaha!!!

tau-tau, kelas pon da habis... aku dengan cergasnya, terus blah arr dari kolej.. dan terus menuju umah member aku..
16 mac 2010 aku ada presentation Islamic Studies..
aku pon ajak arr aminaswad a.k.a. bob, lepak umah aku..
dengan senang pulak dia setuju nak ikut..
aku pelik jugak, sebelum-sebelum ni dia bukan main liat nak lepak pandamaran..
tapi takpelah.. layankan je..

aku dengan bob pon jalan arr kuar dari umah nak menuju ke rumah aku..
disinilah bermula detik-detik hitam dalam hidop aku..
jalan agak sesak masa tu.. aku tgok jam da pkol 6 lebih..
ye ar, masa orang balik kerja..
tapi entah kenapa, masa bawak motor ni pon, aku terasa mengantok sangat..
bob da ke depan dah.. ye arr..
dia naik LC, aku yg EX5 ni mana nak terkejar kan..
aku pon bawak arr motor tu dalam kiraan 60 km/h..
aku pon main arr cilok-cilok di dalam kesesakan jalan raya tu..
last sekali aku pon menyelit la kat belakang sebuah bas..
tanpa aku jangka, bas tu dengan mengejut break..
aku cuba mengelak untuk masuk ke line kanan jalan..
malang nasib aku, aku terus merempuh bas tu..
lepas tu aku tercampak atas line kanan jalan dengan keadaan meniarap..
dengan pantas sebijik kereta myvi plak rempuh bahagian kanan badan aku..
apa lagi, berseret laa aku mcm korang tengok stunt dalam movie tu..

bob yang da terlepas kedepan, sempat dengar masa aku merempuh bas..
dia terus patah balik..
dia yang selamatkan barang-barang aku dari dikebas..
handphone, beg duit bagai.. semua aku bawak..
di samping tu, ramai la orang yang turun dok berkumpul keliling aku..
macam-macam reaksi.. ada yang geli tengok darah..
ada yang over acting.. ada yang buat muka slumber je.. macam-macam arr..
last-last, diorang usung aku pegi ke tepi jalan, sandarkan aku kat pokok..
bob terus call ambulans.. nasib baik bob ada..
mungkin Allah tu nak bagi petunjuk, bob ikut aku haritu sebab aku nak kemalangan..

lepas 20 minit macam tu arr menunggu, ambulans pon sampai..
cilaka punyer ambulans.. lambat!! kalau orang dah nazak, silap-silap meninggal dah kot tunggu diorang ni..
dalam ambulans pulak, habis arr kaki aku dibelek, luka aku disapu ubat-ubat yang confirm memberi rasa pedih kat luka-luka aku tu.. rasa nak terajang jew belakang kepala brader yang dalam ambulans tuu.. adoi!!

sampai-sampai je hospital, aku terus dimasukkan ke wad kecemasan.. lagi sekali penderitaan yang aku kena rasa.. berbagai la jarum yang masok ke tubuh badan aku ni.. siksa jugak jadi orang sakit ni.. hmm..
lepas tu aku di x-ray.. doktor sahkan tulang lutut aku patah!!
korang bayangkan apa perasaan aku masa tu..
apa laa yang jadi kat aku lepas ni..
lepas tu, kaki aku pon disimen dan aku dicampak ke dalam wad 5 Hospital Kuala Lumpur!!!

sepanjang 10 hari aku tinggal kat wad tu, macam-macam pengalaman aku rasa..
ada pengalaman baik, tak kurang jugak yang buruk.. aku nak berterima kasih sangat-sangat kat kawan-kawan yang sanggup berulang-alik datang melawat aku, jaga aku kat hospital.. dari sini aku belajar pentingnya sahabat..
keluarga aku, boleh dikatakan setiap hari datang ziarah aku..

nak kongsi citer pasal abah aku.. aku kemalangan masa tengah-tengah bulan.. paham-paham arr.. duit abah pon dah kurang.. ada satu pagi tu abah nak datang lawat aku.. abah tak tau jalan nak datang HKL sebab setiap hari kawan abah yang drive kereta pegi HKL.. tapi haritu kawan abah ada hal.. oleh kerana nak sangat datang tengok aku, start pukol 6 pagi abah da naik bas dari pandamaran..
dari pandamaran nak ke HKL abah terpaksa naik 2 bas dan 1 teksi..
sampai je hospital aku nampak abah kepenatan.. kesian abah..
aku pon borak-borak dengan abah.. tengah syok borak, sarapan pagi aku pon sampai..

aku ajak abah makan.. tp abah taknak.. aku pon apa lagi..
"abah tak beli makanan, org pon taknak makan!!"
abah pon bawak keluar beg duitnya.. aku pon sempat jeling tajam kat dalam beg duit abah aku tu.. sayunya hati.. abah datang melawat aku berbekalkan duit kertas seringgit-seringgit yang aku pasti jumlah tak sampai 10 ringgit..
rasa nak menitik air mata.. besar pengorbanan abah..
aku tanya abah, "abah tak bawak duit ke???"
abah pon jawab, "duit dah nak habis, ni duit cukup-cukup tambang balik.. buku bank pon abah tak bawak"
hati lelaki aku kalah jugak dengan ketabahan abah yang sanggup berkorban sampai macam tu sekali untuk anaknya..
terkenang balik dosa-dosa aku pada abah selama ni..

nasib aku baik, aku masih simpan duit pemberian orang yang datang ziarah aku..
aku capai beg, ambik duit-duit tu dan bagi kat abah.. mula-mula abah taknak..
tapi aku paksa jugak abah ambik.. tak tau macam mana nak jelaskan perasaan aku masa tuu.. abah ambik, dan terus turun ke kantin beli makanan..
aku tunggu abah naik, makan sama-sama..
sayu sangat aku tengok abah, suapan demi suapan makanan yang abah makan..
cukupla sampai sini cerita pasal abah..
aku nak menaip ni pon tiba-tiba rasa sebak.. hmm..

21 mac 2010, bersamaan hari ahad..
ramai sangat kawan-kawan aku datang melawat hari tu..
siap ada yang bawak mak bapak datang..
mak dan abah aku pon ada jugak.. kecoh arr wad tuh dengan suara member-member aku.. nak dijadikan cerita, hari tu jugak la pengalaman pertama aku masok ke bilik bedah.. perasaan???
jujur aku rasa berdebar jugak sikit.. lagi-lagi masa nurse campak baju pembedahan kat aku, suruh aku pakai.. adoyai!!! bhahahaha!!
tapi kena cover arr cuak tu bhai!!! da setle tukar pakaian bedah, member ramai-ramai angkat aku kat troli tolak pesakit.. nurse-nurse tu macam da tak payah buat kerja dah.. bhahahaha!! thanx guys!!!
lalu nurse pon bawak la aku nak pegi ke bilik bedah..
bapak ramai laa member-member eskot dari belakang.. hilang rasa berdebar..

sampai bilik bedah, doktor suruh pilih, nak bius separuh badan atau bius penuh..
aku pon dibawak pulak ke katil bedah.. doktor tu pon tekup mulut dan hidong aku dengan gas bius tuh.. "tarik nafas... hembus" doktor tu cakap..
aku rasa 3 kali jew aku bernafas, gelap dunia aku......

sedar-sedar kaki aku da selesai dibedah.. tapi sakitnya, Allah je yg tau..
badan aku kejang tahan sakit.. doktor suntik 3 dos morfin, baru aku tenang sikit.. jadi mat pet laa kejap aku.. masok morfin (dadah) dalam badan.. bhahaahaa!! dan aku pon ditolak masok wad balik.. pembedahan total-total lebih kurang 4 jam..

24 mac 2010, aku dibenarkan balik.. sedih pulak rasa nak tinggalkan wad.. kenal ramai jugak patient-patient lain.. tapi, setiap pertemuan mesti ada perpisahan..
dengan rasa pasrah, aku pon balik, abah dan kawan abah yang jemput..
start dari hari tu, bermulalah kehidupan aku di rumah sebagai seorang pesakit patah kaki buat kali pertama seumur hidop aku..

rutin harian aku sama sekali berubah.. kalau dulu, siang pegi kelas, malam berniaga burger.. tak melekat kat rumah..
sekarang, aku dah duduk rumah mengalahkan suri rumah..
suri rumah pon keluar jugak.. huhu..
mula-mula, aku rasa hypertension sangat.. tapi, makin hari, aku makin terima kenyataan yang aku da ditarik salah satu keistimewaan..
insyaAllah ada hikmahnya..

berkat doa keluarga, sahabat-sahabat..
alhamdulillah, makin hari makin baik kesihatan aku..
memangla tak sebaik dulu.. tapi aku tetap bersyukur dengan keadaan aku sekarang ni..

kepada yang membaca.. mungkin apa yang aku coretkan kat sini, just cerita-cerita kosong tentang pengalaman aku..
tapi aku harap, apa yang baik semuanya datang daripada Allah, boleh arr korang jadikan pedoman.. yang buruk tu datang dari kelemahan aku sendiri, jadikan la pengajaran.. thanx sangat kepada yang sudi membaca.. aku undurkan diri dulu buat seketika.. lain kali aku wat post citer lain pulak k!! wassalam..
adiyosszzz!!!!!!!!!!

0 comments: