BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

aku afif!!!

Thursday, December 23, 2010

aku manusia biasa..


entah kenapa tetiba aku nak post pasal nih..

aku pon tak pasti..
papepon, aku saje nak citer arr apa yang aku rasa..

tiap2 hari, aku selalu berjumpa macam2 jenis manusia..
tak kira arr kat kolej ke, kawasan kampung ni ke, kat tempat beniaga ke, mana2 arr..
aku selalu perhati cara diorang..
manusia zaman sekarang ni arr kan..
sape yg ada rupa, ada pangkat, ada harta, ada ilmu, ada kerjaya, berpakaian cantik, ringan mulut..
itu la yg ramai orang nak rapat..
sape yg muka tak berapa nak terbaik, xde berpangkat, poket kosong, belajar x berapa nak pandai, kerja pon biasa2, berbaju buruk, tak berapa nak peramah..
entah siapa yang nak dekat..

hmm...
entahla..
kepada yg membaca..

jangan hina mereka yg tak berapa nak hensem/ cun..
sebab, orang yg macam ni amat tegar hatinya..
dah biasa dgn caci maki dan hinaan.. gemok!! kering!! jerawat!! apa saje la yg mereka kena gelar..
tapi mereka amat redha dengan pemberian Allah..

jangan hina mereka yg xde berpangkat..
mungkin rezeki mereka belum sampai.. mungkin rezeki mereka bukan di dunia utk hidup senang lenang, tp di akhirat kelak?? siapa yg tau..
jangan ingat berpangkat tu jamin hidup yg bahagia dunia akhirat..

jgn hina mereka yg poketnya kosong..
dan jgn ingat org kaya, akan kaya selamanya..
siapa taw, org yg poketnya kosong disebabkan sedekahnya pada mereka yg lebih memerlukan.. masyaAllah, murni benar hati insan berpoket kosong..
sebab mereka lebih mengerti tentang keperitan hidup.. betapa zuhudnya diri mereka..

jgn hina mereka yg kurang pandai..
bersyukurlah korang2 dapat belajar tinggi sampai ke universiti.. bersyukurlah korang masih mampu utk tampung yuran2 pengajian..
tapi, golongan yg kurang pandai ni..
itu kew yg mereka mintak dalam hidup mereka?
hinaan drpada golongan pandai kew yg mereka harapkan?
diorang pon tak mintak diri diorang jadi mcm tu..
belakang parang klu diasah pon boleh tajam..
so, jgn pelik klu org yg korang anggap kurang pandai ni boleh hidup selesa dari korang yg rasa diri korang pandai..

jgn hina mereka yg kerja biasa2 walau kerja cleaner sekalipon..
mereka mencari rezeki halal dgn titik peluh dan keupayaan mereka sendiri..
sampai ke hati korang..
mereka menahan malu, berpenat lelah berhari2 untuk bekerja seperti tu..
semata2 mencari rezeki, mencari sesuap nasi untuk mengenyangkan perut..
alih2, korang yg kerja bagus2, meludah mengkeji mereka.. nauzubillah..
manusia jenis apa la korang klu itu tindakan korang.. belum tentu kerja bagus2 yg korang buat tu da cukup baik.. belum tentu darah yg mngalir dalam badan korang tu halal semuanya..

jgn hina mereka yg berbaju buruk..
mereka tidak mampu memakai baju secantik korang..
apa yg ada, itu la mereka sarung ke badan..
manusia seperti ini antara manusia yang bersyukur sebenarnya..
mereka tidak kisah, jika itu takdir hidup mereka..
mereka redha selain terus berusaha nak teruskan hidup..
mereka memakai baju buruk, mungkin mereka lebih memerlukan duit utk perkara yg lebih penting..
korang ingat, secantik mana baju korang sekarang..
nak masuk kubur nanti kain yg sama jugak korang akan pakai..
jgn terlalu membangga diri..

jgn hina mereka yg mendiamkan diri dan selalu berseorangan..
mentang2 korang ada group, ada kawan, nak ketawakan orang lain kuat2..
korang rasa korang gah..
org yg banyak mendiamkan diri ni la yg lebih mengerti permainan hidup..
org yg bersendirian ni la yg banyak mengabdikan diri kepada Allah daripada berkawan ke arah melalaikan..
bertegur la dengan mereka yg selalu mendiamkan diri.. mungkin masa korang ketawa dgn kawan2 korang, dia hanya mampu melihat dari jauh..
tapi masa korang kesusahan, kesedihan, kawan2 ketawa korang pon entah ke mana, mungkin org yg mendiamkan diri ni la yg bakal bantu korang..

aku sedar.. diri aku pon tergolong dalam golongan orang yg banyak kekurangan.. aku banyak sangat kekurangan dalam diri aku.. mungkin apa yg aku ceritakan ni pon sedikit sebanyak pengalaman yg aku lalui sendiri.. just nak berkongsi.. apa yg baik, jadikan pengajaran..
yg buruk jadikan sempadan..

Saturday, November 13, 2010

buat calon isteri saya...

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik saya


Assalamu'alaikum Wr Wb.

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah notes ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang , tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.


Saya, yang bernama mohd. afif syafiq bin mohd. sabar menginginkan anda________________untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai sedikit rezeki. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap layak mendapat rezeki ini daripada Allah. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki dengan redha Allah untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih dikurniakan sebuah rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus memiliki rumah ini selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.


Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.


Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.


Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.


Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wbth..

Saturday, September 25, 2010

sahabat



kadang-kadang aku rasa macam hidup seorang diri jew..
tapi aku silap..
Allah kurniakan sahabat-sahabat kepada aku..
sahabat yang bukan just ada waktu aku senang..
tapi sanggup bersusah-payah bersama dengan aku..
sahabat yang bukan just waktu ketawa..
tapi tetap ada waktu menangis..
tak ramai yang sanggup buat semua tu..
aku harap persahabatan kita kekal dunia akhirat..
insyaAllah..

Wednesday, September 22, 2010

cinta ini...


Cinta aku tidak sehebat cinta Adam terhadap Hawa..

Peribadi aku tidak semulia Saidina Ali yang mendambakan wanita semulia Siti Fatimah..
Aku juga tidak sekacak Nabi Yusoff, yang layak untuk wanita secantik Zulaikha..

Betapa hinanya diri ini.. tapi andai sampai seorang CINTA di hati ini.. akan aku angkat dirinya sebagai perhiasan dunia yang mulia sebagai seorang isteri solehah..

InsyaAllah..

Wednesday, September 15, 2010

al- fatihah buat mohd. zain bin muhammad..


11 september 2010, hari raya kedua, bersamaan dgn hari sabtu..

wan meninggalkan kami sekeluarga.. meninggalkan kami buat selama-lamanya..
bertemu Pencipta yg berhak ke atas roh dan jasadnya..
selama lebih 2 minggu menderita di hospital tengku ampuan rahimah,
lebih 2 minggu aku menjaga arwah wan setiap malam,
lebih 2 minggu juga aku melihat sendiri penderitaan arwah..
sebak rasanya melihat insan yg menjaga aku sejak dari kecil, terdampar kesakitan..
akhirnya, wan pergi jua..

Ya Allah..
ampunilah segala dosa arwah wan..
jauhkanlah arwah wan daripada segala azab siksaan kubur serta api neraka..
tempatkanlah arwah dikalangan hamba-hambaMu yg engkau kasihi..
amiin..

di kesempatan ni juga, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih,
kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga yg banyak menguruskan jenazah arwah wan..
hanya Allah yg mampu balas jasa anda semua..

Saturday, August 28, 2010

doa dan harapan..


Ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku,baik untukku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan.. Tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan Islam..

cinta suci bukan paksaan.. ianya adalah mengharap kekasih hatinya sentiasa gembira walaupon tidak ditakdirkan untuk bersama di sisi..
semoga Allah sentiasa tabahkan hati ini.. amiin..

Friday, August 27, 2010

26 ogos 2010

26 ogos lepas, aku balik dari kolej.. mcm biasa terus sampai ke rumah dulu.. sampai je rumah, pagar, pintu semua berkunci.. kereta takde.. hati aku dah mula risau.. mana semua orang pegi?? aku terus call abah.. "abah, kat mana ni??" abah bagitau, abah dengan adik bawak wan(atok) aku pegi hospital pakar arunamari kat bayu perdana.. kaki wan sakit sangat katanya.. aku risau.. Allah je yang taw.. aku terus pegi hospital arunamari tu.. sampai-sampai je, aku tengok wan tengah tunggu giliran.. jelas kat muka wan tengah menahan sakit.. ya Allah, kesian kat wan..


masa wan tengah dalam bilik rawatan, adik suruh balik.. basuh pinggan dulu, takot nanti nak berbuka tak sempat pulak.. aku pon balik rumah.. buatla apa yang patut.. basuh pinggan, kemas meja makan, bla..bla..bla..

siap semua kerja, aku call abah lagi, tanya keadaan wan.. makin risau aku dibuatnya.. abah cakap, result daripada doktor cakap wan punya buah pinggang sebelah pulak rosak.. masyaAllah.. tu baru satu hal, satu hal lagi, hospital pakar arunamari tu takde pakar pasal penyakit wan.. pelik betul.. last-last, wan direfer ke hospital tengku ampuan rahimah klang..

mulanya wan ditempatkan kat zon kuning.. nak cerita pasal berbuka, pada tarikh ni la buat first timenyer aku berbuka puasa kat hospital seumur hidup aku.. kiranya, mmg takde function arr aku balik kemas-kemas semua tu tadi.. elok-elok lepas berbuka, urusan masukkan wan kat wad pon selesai.. wan ditempatkan kat wad 8A..

bermula malam tu la aku pon bermalamlah kat hospital kat wad 8A tu smpai hari seterusnya.. hmm.. risau sangat pasal wan.. apapon, thanx sesangat kepada yang membaca.. aku harapkan doa-doa korang semua, agar wan aku dan semua yg tengah sakit kat dunia ni cepat sembuh seperti sediakala.. tak sanggup aku tengok muka wan menahan sakit..

ya Allah.. sesungguhnya Kau yang memberi rasa sakit, dan Kau jugaklah yg menyembuhkannya.. aku memohon agar Kau ringankanlah beban yang ditanggung wan.. jauhkan wan dari segala perkara yang tidak diingini.. amiin...................

Saturday, August 21, 2010

beniaga burger hina???



korang tgok.. play arr video ni..
mengisahkan temubual dj radio dgn seorang perempuan yang nak putuskan tali pertunangan semata-mata tunangnya just peniaga burger.. peniaga burger??? kenapa??? salahke jadi peniaga burger??? haram ke kerja tu??? hina ke???

walaupon aku just berniaga burger ibarat 'chipsmore' kejap bukak, kejap tutup..
dan aku pon masih belom ada tunang.. tapi aku panas dengan statement perempuan tu..
sangat materialistik..

bagi aku peniaga burger dah melakukan satu tanggungjawab sbg khalifah Allah yg berusaha mencari rezeki di jalan yg halal.. tak mencuri, tak rasuah, tak merompak.. tapi masih dipandang hina..

kita sebagai manusia bila dah jauh dari fitrah agama, macam tu la jadinya.. harta benda jadi kayu ukur.. bukan kesucian cinta tu sendiri yg mengikat hati kaum adam dan hawa..


setiap kali aku replay balik video ni, aku jadi bersyukur sebab aku masih belom sampai ke tahap lupa diri mcm tunang mat burger tu.. kena ingat, semua manusia dalam dunia ni miskin.. kita hnya meminjam harta2 ni drpada yg Maha Kaya.. bila2 masa Allah boleh tarik harta kita.. tak perlu riak dgn apa yg kita ada..

aku pon tak faham kenapa dgn mnusia zaman skrg nih.. rendahnya harga diri sebab tolak orang yg bekerja just brniaga burger.. dan terima org yg ada harta.. yg just boleh belikn dia barangan2 mahal..

kepada yg membaca blog aku ni.. sebaik-baiknya insafkanlah diri kita daripada sifat riak dan takabbur.. sesungguhnya Allah murka dgn golongan manusia seperti ini.. cari pasangan hidup bukanlah pada hartanya.. tetapi seseorang yg mencintai Allah dan Rasulullah.. yang taat dengan ibu bapa & keluarga.. yg mampu mendorong dan mendidik ke jalan Allah..

yg materialistik ni, biarkan depa.. Allah dah jamin.. lelaki mukmin untuk wanita mukminat.. lelaki soleh jodohnya untuk wanita solehah.. so, biarlah siapa pon diri kita, apa saje kerja (halal) yg kita buat, walau pengutip sampah sekalipon, just be the best muslim..

pesanan dan peringatan untuk semua, termasuk diri aku yg sering lalai dan leka..
wassalam..

Saturday, August 14, 2010

aku berdikir!!!

Friday, August 13, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

ramadhan datang lagi..

aku bersyukur kepadaMu ya Allah..
masih memberi aku kesempatan bertemu kembali dengan bulan seribu rahmat ini..
terkenang kembali satu ketika dulu..
ketika arwah nenekku masih di sisi..
dialah yg menjadi nadi keluarga lebih2 lagi di bulan Ramadhan ini..
dialah yg menyediakan juadah sahur dan berbuka..
dialah yg membanting tulang melakukan segala persiapan..
dialah yg bersengkang mata menghadap karenah kami sekeluarga..
dan kerana dialah kami lebih menghargai keberkatan ramadhan..

sekarang..
hanya pusaranya yg dapat kami tatapi..
hanya sekuntum doa dan lafaz al-Fatihah yg mampu kami beri..
hanya titisan air mata sbg pengubat rindu di hati kami wahai insan kesayangan kami..
kehilanganmu seperti menyentap setiap denyutan nadi kami..

namun..
kehidupan kami di bumi Allah ini mesti diteruskan..
kami menghadapi ramadhan ini dengan penuh sabar..
kerana aku yakin, Engkau akan terus melindungi roh insan kesayangan kami itu..

ya Allah..
Engkau ampunilah segala dosa2 nenekku..
Engkau jauhkanlah arwah dari siksaan azab kubur dan api neraka..
Engkau jauhkanlah arwah daripada gangguan syaitanirrajiim..
Engkau tempatkanlah roh arwah di dalam kalangan hambaMu yg beriman dan beramal soleh..
serta Engkau tempatkanlah roh arwah di dalam golongan hambaMu yg Engkau kasihi..
berikanlah arwah segala keberkatan, kerahmatan dan kebaikan..
amiin ya rabbal alaamiin..

aisah bt ismail.. aku rindu padamu..

Sunday, July 25, 2010

padamu ku bersujud...



tanpaMu Ya Allah, siapalah aku di muka bumi ini..
subhanallah..
alhamdulillah..
lailahaillallah..
Allahuakbar!!!

Friday, June 4, 2010

Kehidupan Sebelum & Selepas Kemalangan...



assalamualaikum sumer!!!


saje, tengah boring-boring ni nak berkongsi cerita dengan korang...
aku pon tak tau nak mula dari mana.. ok arr..

bermula dari 15 mac 2010..
rutin harian aku macam biasa...
aku bangun pagi..
aku rasa mengantok sangat pagi tu.. ye ar.. malam berniaga burger..
straight lepak sampai pkol 3-4 pagi, balik baru nak tido..
aku terus bangun, mandi, gosok gigi, sarung baju, campak buku-buku yang rasa-rasa lecturer nak pakai ke dalam beg..
setle-setle semua, aku pon dengan penuh rasa mengantok, salam wan
dan terus menunggang tenggiling cabok aku.. Honda EX5 BJX 4773...
bermula la perjalanan aku nak pergi ke kelas..

sepanjang sejam perjalanan, hati tu dah ada rasa tak tenteram..
tapi, mcm biasa laa bhai!! aku buat tak tau, dan dengan penuh yakin,
aku pon melalak laa lagu-lagu yang aku rasa aku tau di sepanjang perjalanan..

lepas sejam menunggang motor, sampai laa aku ke sebuah bangunan kilang yang bertopengkan kolej bernama Kolej Islam Antarabangsa.. bhahaha!!
macam biasa arr.. nama pon pegi kelas, bukan pegi supermarket..
aku pon masok laa kelas.. hari tu aku ada 3 kelas..

aku skip cerita.. aku masok la kelas yang ketiga iaitu kelas terakhir..
entah kenapa setan tu paling suka kat kelopak mata aku.. dia punya bergayut, sampai la aku pon terlelap dalam kelas.. bak kata member-member, aku punyer trademark "penangan 5 minit".. cakap nak tido 5 minit.. padahal???
bhahahaha!!!

tau-tau, kelas pon da habis... aku dengan cergasnya, terus blah arr dari kolej.. dan terus menuju umah member aku..
16 mac 2010 aku ada presentation Islamic Studies..
aku pon ajak arr aminaswad a.k.a. bob, lepak umah aku..
dengan senang pulak dia setuju nak ikut..
aku pelik jugak, sebelum-sebelum ni dia bukan main liat nak lepak pandamaran..
tapi takpelah.. layankan je..

aku dengan bob pon jalan arr kuar dari umah nak menuju ke rumah aku..
disinilah bermula detik-detik hitam dalam hidop aku..
jalan agak sesak masa tu.. aku tgok jam da pkol 6 lebih..
ye ar, masa orang balik kerja..
tapi entah kenapa, masa bawak motor ni pon, aku terasa mengantok sangat..
bob da ke depan dah.. ye arr..
dia naik LC, aku yg EX5 ni mana nak terkejar kan..
aku pon bawak arr motor tu dalam kiraan 60 km/h..
aku pon main arr cilok-cilok di dalam kesesakan jalan raya tu..
last sekali aku pon menyelit la kat belakang sebuah bas..
tanpa aku jangka, bas tu dengan mengejut break..
aku cuba mengelak untuk masuk ke line kanan jalan..
malang nasib aku, aku terus merempuh bas tu..
lepas tu aku tercampak atas line kanan jalan dengan keadaan meniarap..
dengan pantas sebijik kereta myvi plak rempuh bahagian kanan badan aku..
apa lagi, berseret laa aku mcm korang tengok stunt dalam movie tu..

bob yang da terlepas kedepan, sempat dengar masa aku merempuh bas..
dia terus patah balik..
dia yang selamatkan barang-barang aku dari dikebas..
handphone, beg duit bagai.. semua aku bawak..
di samping tu, ramai la orang yang turun dok berkumpul keliling aku..
macam-macam reaksi.. ada yang geli tengok darah..
ada yang over acting.. ada yang buat muka slumber je.. macam-macam arr..
last-last, diorang usung aku pegi ke tepi jalan, sandarkan aku kat pokok..
bob terus call ambulans.. nasib baik bob ada..
mungkin Allah tu nak bagi petunjuk, bob ikut aku haritu sebab aku nak kemalangan..

lepas 20 minit macam tu arr menunggu, ambulans pon sampai..
cilaka punyer ambulans.. lambat!! kalau orang dah nazak, silap-silap meninggal dah kot tunggu diorang ni..
dalam ambulans pulak, habis arr kaki aku dibelek, luka aku disapu ubat-ubat yang confirm memberi rasa pedih kat luka-luka aku tu.. rasa nak terajang jew belakang kepala brader yang dalam ambulans tuu.. adoi!!

sampai-sampai je hospital, aku terus dimasukkan ke wad kecemasan.. lagi sekali penderitaan yang aku kena rasa.. berbagai la jarum yang masok ke tubuh badan aku ni.. siksa jugak jadi orang sakit ni.. hmm..
lepas tu aku di x-ray.. doktor sahkan tulang lutut aku patah!!
korang bayangkan apa perasaan aku masa tu..
apa laa yang jadi kat aku lepas ni..
lepas tu, kaki aku pon disimen dan aku dicampak ke dalam wad 5 Hospital Kuala Lumpur!!!

sepanjang 10 hari aku tinggal kat wad tu, macam-macam pengalaman aku rasa..
ada pengalaman baik, tak kurang jugak yang buruk.. aku nak berterima kasih sangat-sangat kat kawan-kawan yang sanggup berulang-alik datang melawat aku, jaga aku kat hospital.. dari sini aku belajar pentingnya sahabat..
keluarga aku, boleh dikatakan setiap hari datang ziarah aku..

nak kongsi citer pasal abah aku.. aku kemalangan masa tengah-tengah bulan.. paham-paham arr.. duit abah pon dah kurang.. ada satu pagi tu abah nak datang lawat aku.. abah tak tau jalan nak datang HKL sebab setiap hari kawan abah yang drive kereta pegi HKL.. tapi haritu kawan abah ada hal.. oleh kerana nak sangat datang tengok aku, start pukol 6 pagi abah da naik bas dari pandamaran..
dari pandamaran nak ke HKL abah terpaksa naik 2 bas dan 1 teksi..
sampai je hospital aku nampak abah kepenatan.. kesian abah..
aku pon borak-borak dengan abah.. tengah syok borak, sarapan pagi aku pon sampai..

aku ajak abah makan.. tp abah taknak.. aku pon apa lagi..
"abah tak beli makanan, org pon taknak makan!!"
abah pon bawak keluar beg duitnya.. aku pon sempat jeling tajam kat dalam beg duit abah aku tu.. sayunya hati.. abah datang melawat aku berbekalkan duit kertas seringgit-seringgit yang aku pasti jumlah tak sampai 10 ringgit..
rasa nak menitik air mata.. besar pengorbanan abah..
aku tanya abah, "abah tak bawak duit ke???"
abah pon jawab, "duit dah nak habis, ni duit cukup-cukup tambang balik.. buku bank pon abah tak bawak"
hati lelaki aku kalah jugak dengan ketabahan abah yang sanggup berkorban sampai macam tu sekali untuk anaknya..
terkenang balik dosa-dosa aku pada abah selama ni..

nasib aku baik, aku masih simpan duit pemberian orang yang datang ziarah aku..
aku capai beg, ambik duit-duit tu dan bagi kat abah.. mula-mula abah taknak..
tapi aku paksa jugak abah ambik.. tak tau macam mana nak jelaskan perasaan aku masa tuu.. abah ambik, dan terus turun ke kantin beli makanan..
aku tunggu abah naik, makan sama-sama..
sayu sangat aku tengok abah, suapan demi suapan makanan yang abah makan..
cukupla sampai sini cerita pasal abah..
aku nak menaip ni pon tiba-tiba rasa sebak.. hmm..

21 mac 2010, bersamaan hari ahad..
ramai sangat kawan-kawan aku datang melawat hari tu..
siap ada yang bawak mak bapak datang..
mak dan abah aku pon ada jugak.. kecoh arr wad tuh dengan suara member-member aku.. nak dijadikan cerita, hari tu jugak la pengalaman pertama aku masok ke bilik bedah.. perasaan???
jujur aku rasa berdebar jugak sikit.. lagi-lagi masa nurse campak baju pembedahan kat aku, suruh aku pakai.. adoyai!!! bhahahaha!!
tapi kena cover arr cuak tu bhai!!! da setle tukar pakaian bedah, member ramai-ramai angkat aku kat troli tolak pesakit.. nurse-nurse tu macam da tak payah buat kerja dah.. bhahahaha!! thanx guys!!!
lalu nurse pon bawak la aku nak pegi ke bilik bedah..
bapak ramai laa member-member eskot dari belakang.. hilang rasa berdebar..

sampai bilik bedah, doktor suruh pilih, nak bius separuh badan atau bius penuh..
aku pon dibawak pulak ke katil bedah.. doktor tu pon tekup mulut dan hidong aku dengan gas bius tuh.. "tarik nafas... hembus" doktor tu cakap..
aku rasa 3 kali jew aku bernafas, gelap dunia aku......

sedar-sedar kaki aku da selesai dibedah.. tapi sakitnya, Allah je yg tau..
badan aku kejang tahan sakit.. doktor suntik 3 dos morfin, baru aku tenang sikit.. jadi mat pet laa kejap aku.. masok morfin (dadah) dalam badan.. bhahaahaa!! dan aku pon ditolak masok wad balik.. pembedahan total-total lebih kurang 4 jam..

24 mac 2010, aku dibenarkan balik.. sedih pulak rasa nak tinggalkan wad.. kenal ramai jugak patient-patient lain.. tapi, setiap pertemuan mesti ada perpisahan..
dengan rasa pasrah, aku pon balik, abah dan kawan abah yang jemput..
start dari hari tu, bermulalah kehidupan aku di rumah sebagai seorang pesakit patah kaki buat kali pertama seumur hidop aku..

rutin harian aku sama sekali berubah.. kalau dulu, siang pegi kelas, malam berniaga burger.. tak melekat kat rumah..
sekarang, aku dah duduk rumah mengalahkan suri rumah..
suri rumah pon keluar jugak.. huhu..
mula-mula, aku rasa hypertension sangat.. tapi, makin hari, aku makin terima kenyataan yang aku da ditarik salah satu keistimewaan..
insyaAllah ada hikmahnya..

berkat doa keluarga, sahabat-sahabat..
alhamdulillah, makin hari makin baik kesihatan aku..
memangla tak sebaik dulu.. tapi aku tetap bersyukur dengan keadaan aku sekarang ni..

kepada yang membaca.. mungkin apa yang aku coretkan kat sini, just cerita-cerita kosong tentang pengalaman aku..
tapi aku harap, apa yang baik semuanya datang daripada Allah, boleh arr korang jadikan pedoman.. yang buruk tu datang dari kelemahan aku sendiri, jadikan la pengajaran.. thanx sangat kepada yang sudi membaca.. aku undurkan diri dulu buat seketika.. lain kali aku wat post citer lain pulak k!! wassalam..
adiyosszzz!!!!!!!!!!