BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

aku afif!!!

Saturday, August 28, 2010

doa dan harapan..


Ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku,baik untukku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan.. Tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan Islam..

cinta suci bukan paksaan.. ianya adalah mengharap kekasih hatinya sentiasa gembira walaupon tidak ditakdirkan untuk bersama di sisi..
semoga Allah sentiasa tabahkan hati ini.. amiin..

Friday, August 27, 2010

26 ogos 2010

26 ogos lepas, aku balik dari kolej.. mcm biasa terus sampai ke rumah dulu.. sampai je rumah, pagar, pintu semua berkunci.. kereta takde.. hati aku dah mula risau.. mana semua orang pegi?? aku terus call abah.. "abah, kat mana ni??" abah bagitau, abah dengan adik bawak wan(atok) aku pegi hospital pakar arunamari kat bayu perdana.. kaki wan sakit sangat katanya.. aku risau.. Allah je yang taw.. aku terus pegi hospital arunamari tu.. sampai-sampai je, aku tengok wan tengah tunggu giliran.. jelas kat muka wan tengah menahan sakit.. ya Allah, kesian kat wan..


masa wan tengah dalam bilik rawatan, adik suruh balik.. basuh pinggan dulu, takot nanti nak berbuka tak sempat pulak.. aku pon balik rumah.. buatla apa yang patut.. basuh pinggan, kemas meja makan, bla..bla..bla..

siap semua kerja, aku call abah lagi, tanya keadaan wan.. makin risau aku dibuatnya.. abah cakap, result daripada doktor cakap wan punya buah pinggang sebelah pulak rosak.. masyaAllah.. tu baru satu hal, satu hal lagi, hospital pakar arunamari tu takde pakar pasal penyakit wan.. pelik betul.. last-last, wan direfer ke hospital tengku ampuan rahimah klang..

mulanya wan ditempatkan kat zon kuning.. nak cerita pasal berbuka, pada tarikh ni la buat first timenyer aku berbuka puasa kat hospital seumur hidup aku.. kiranya, mmg takde function arr aku balik kemas-kemas semua tu tadi.. elok-elok lepas berbuka, urusan masukkan wan kat wad pon selesai.. wan ditempatkan kat wad 8A..

bermula malam tu la aku pon bermalamlah kat hospital kat wad 8A tu smpai hari seterusnya.. hmm.. risau sangat pasal wan.. apapon, thanx sesangat kepada yang membaca.. aku harapkan doa-doa korang semua, agar wan aku dan semua yg tengah sakit kat dunia ni cepat sembuh seperti sediakala.. tak sanggup aku tengok muka wan menahan sakit..

ya Allah.. sesungguhnya Kau yang memberi rasa sakit, dan Kau jugaklah yg menyembuhkannya.. aku memohon agar Kau ringankanlah beban yang ditanggung wan.. jauhkan wan dari segala perkara yang tidak diingini.. amiin...................

Saturday, August 21, 2010

beniaga burger hina???



korang tgok.. play arr video ni..
mengisahkan temubual dj radio dgn seorang perempuan yang nak putuskan tali pertunangan semata-mata tunangnya just peniaga burger.. peniaga burger??? kenapa??? salahke jadi peniaga burger??? haram ke kerja tu??? hina ke???

walaupon aku just berniaga burger ibarat 'chipsmore' kejap bukak, kejap tutup..
dan aku pon masih belom ada tunang.. tapi aku panas dengan statement perempuan tu..
sangat materialistik..

bagi aku peniaga burger dah melakukan satu tanggungjawab sbg khalifah Allah yg berusaha mencari rezeki di jalan yg halal.. tak mencuri, tak rasuah, tak merompak.. tapi masih dipandang hina..

kita sebagai manusia bila dah jauh dari fitrah agama, macam tu la jadinya.. harta benda jadi kayu ukur.. bukan kesucian cinta tu sendiri yg mengikat hati kaum adam dan hawa..


setiap kali aku replay balik video ni, aku jadi bersyukur sebab aku masih belom sampai ke tahap lupa diri mcm tunang mat burger tu.. kena ingat, semua manusia dalam dunia ni miskin.. kita hnya meminjam harta2 ni drpada yg Maha Kaya.. bila2 masa Allah boleh tarik harta kita.. tak perlu riak dgn apa yg kita ada..

aku pon tak faham kenapa dgn mnusia zaman skrg nih.. rendahnya harga diri sebab tolak orang yg bekerja just brniaga burger.. dan terima org yg ada harta.. yg just boleh belikn dia barangan2 mahal..

kepada yg membaca blog aku ni.. sebaik-baiknya insafkanlah diri kita daripada sifat riak dan takabbur.. sesungguhnya Allah murka dgn golongan manusia seperti ini.. cari pasangan hidup bukanlah pada hartanya.. tetapi seseorang yg mencintai Allah dan Rasulullah.. yang taat dengan ibu bapa & keluarga.. yg mampu mendorong dan mendidik ke jalan Allah..

yg materialistik ni, biarkan depa.. Allah dah jamin.. lelaki mukmin untuk wanita mukminat.. lelaki soleh jodohnya untuk wanita solehah.. so, biarlah siapa pon diri kita, apa saje kerja (halal) yg kita buat, walau pengutip sampah sekalipon, just be the best muslim..

pesanan dan peringatan untuk semua, termasuk diri aku yg sering lalai dan leka..
wassalam..

Saturday, August 14, 2010

aku berdikir!!!

Friday, August 13, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

ramadhan datang lagi..

aku bersyukur kepadaMu ya Allah..
masih memberi aku kesempatan bertemu kembali dengan bulan seribu rahmat ini..
terkenang kembali satu ketika dulu..
ketika arwah nenekku masih di sisi..
dialah yg menjadi nadi keluarga lebih2 lagi di bulan Ramadhan ini..
dialah yg menyediakan juadah sahur dan berbuka..
dialah yg membanting tulang melakukan segala persiapan..
dialah yg bersengkang mata menghadap karenah kami sekeluarga..
dan kerana dialah kami lebih menghargai keberkatan ramadhan..

sekarang..
hanya pusaranya yg dapat kami tatapi..
hanya sekuntum doa dan lafaz al-Fatihah yg mampu kami beri..
hanya titisan air mata sbg pengubat rindu di hati kami wahai insan kesayangan kami..
kehilanganmu seperti menyentap setiap denyutan nadi kami..

namun..
kehidupan kami di bumi Allah ini mesti diteruskan..
kami menghadapi ramadhan ini dengan penuh sabar..
kerana aku yakin, Engkau akan terus melindungi roh insan kesayangan kami itu..

ya Allah..
Engkau ampunilah segala dosa2 nenekku..
Engkau jauhkanlah arwah dari siksaan azab kubur dan api neraka..
Engkau jauhkanlah arwah daripada gangguan syaitanirrajiim..
Engkau tempatkanlah roh arwah di dalam kalangan hambaMu yg beriman dan beramal soleh..
serta Engkau tempatkanlah roh arwah di dalam golongan hambaMu yg Engkau kasihi..
berikanlah arwah segala keberkatan, kerahmatan dan kebaikan..
amiin ya rabbal alaamiin..

aisah bt ismail.. aku rindu padamu..