26 ogos lepas, aku balik dari kolej.. mcm biasa terus sampai ke rumah dulu.. sampai je rumah, pagar, pintu semua berkunci.. kereta takde.. hati aku dah mula risau.. mana semua orang pegi?? aku terus call abah.. "abah, kat mana ni??" abah bagitau, abah dengan adik bawak wan(atok) aku pegi hospital pakar arunamari kat bayu perdana.. kaki wan sakit sangat katanya.. aku risau.. Allah je yang taw.. aku terus pegi hospital arunamari tu.. sampai-sampai je, aku tengok wan tengah tunggu giliran.. jelas kat muka wan tengah menahan sakit.. ya Allah, kesian kat wan..
masa wan tengah dalam bilik rawatan, adik suruh balik.. basuh pinggan dulu, takot nanti nak berbuka tak sempat pulak.. aku pon balik rumah.. buatla apa yang patut.. basuh pinggan, kemas meja makan, bla..bla..bla..
siap semua kerja, aku call abah lagi, tanya keadaan wan.. makin risau aku dibuatnya.. abah cakap, result daripada doktor cakap wan punya buah pinggang sebelah pulak rosak.. masyaAllah.. tu baru satu hal, satu hal lagi, hospital pakar arunamari tu takde pakar pasal penyakit wan.. pelik betul.. last-last, wan direfer ke hospital tengku ampuan rahimah klang..
mulanya wan ditempatkan kat zon kuning.. nak cerita pasal berbuka, pada tarikh ni la buat first timenyer aku berbuka puasa kat hospital seumur hidup aku.. kiranya, mmg takde function arr aku balik kemas-kemas semua tu tadi.. elok-elok lepas berbuka, urusan masukkan wan kat wad pon selesai.. wan ditempatkan kat wad 8A..
bermula malam tu la aku pon bermalamlah kat hospital kat wad 8A tu smpai hari seterusnya.. hmm.. risau sangat pasal wan.. apapon, thanx sesangat kepada yang membaca.. aku harapkan doa-doa korang semua, agar wan aku dan semua yg tengah sakit kat dunia ni cepat sembuh seperti sediakala.. tak sanggup aku tengok muka wan menahan sakit..
ya Allah.. sesungguhnya Kau yang memberi rasa sakit, dan Kau jugaklah yg menyembuhkannya.. aku memohon agar Kau ringankanlah beban yang ditanggung wan.. jauhkan wan dari segala perkara yang tidak diingini.. amiin...................
0 comments:
Post a Comment